Isnin, Mac 23, 2009

Kandungan


Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia dalam famili simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan yang membantu mereka yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang, kalau bercabang pun terlalu sedikit iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang, yang keluar dari pangkal daun.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (aphrodisiac). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian.


Esktrak Maca

Esktrak Maca Lepidium Peruvianium Chacon merupakan sejenis sayuran berakar yang tumbuh secara semulajadi di Banjaran Pergunungan Andes iaitu 3,000-4,000 meter dari atas laut. Maca tumbuh subur di persekitaran cuaca seperti panas terik pada waktu siang dan sejuk yang keterlaluan pada waktu malam.

Di Negara Peru, maca digunakan sebagai meningkatkan stamina dan tenaga, menambah rangsangan seksual bagi lelaki . Manakala bagi wanita, Maca mampu mengimbangi hormon, mengatasi masalah kedatangan haid (PMS) dan mengatasi simptom menopaus. Kajian yang dijalankan oleh Dr Gloria Chocon de Popovici, menyatakan Maca adalah herba anugerah alam semulajadi.

Laporan perubatan di Negara Peru ketika ini menyatakan, Maca digunakan secara menyeluruh terhadap penyakit seperti anemia, tuberculosis, kedatangan haid yang tidak menentu, simptom menopaus, kanser perut, kemandulan, kegagalan fungsi seksual dan kecergasan minda.

Disamping itu juga, Maca merupakan telah dijadikan diet pemakanan bagi angkasawan NASA bagi mencapai kesihatan badan yang maksima.


Ubi Jaga

Ubi Jaga atau juga dikenali sebagai Pokok Dedawai Berisi merupakan sejenis pokok ubi. Pokok Ubi Jaga mempunyai nama sainsnya Smilax myosotiflora.

Ubi Jaga adalah tumbuhan merayap yang tumbuh didalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ianya dipercayai boleh membantu pengedaran darah yang sempurna. Secara tradisional ianya digunakan sebagai ubat herbal tradisional untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik untuk menambahkan metabolisma badan.Ia boleh membantu menambahkan keinginan seks, menambahkan sesitiviti, menguatkan kekerasan dan membolehkan lelaki pelbagai umur untuk menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama.

Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sehat dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu didalam perhubungan intim. Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba tradisional ini.




Kopi Segera
Kopi segera dan kopi larut telah dikeringkan menjadi serbuk mudah larut atau granula (granules), yang boleh dilarutkan dengan segera dalam air panas untuk diminum. Ia berlainan dengan kopi segar dan pengilangannya disediakan dengan cara berlainan, dengan penyerapan bersungguh hampir kesemua bahan boleh larut daripada serbuk biji kopi. Proses ini sudah tentunya menghasilkan campuran sebatian yang berbeza dengan pembacuhan di rumah terutamanya, peratusan kafine dalam kopi segera adalah rendah, dan kehadiran komponen perisa pahit yang tidak diingini.

Pendapat mengenai kopi segera berbeza dari "tiruan yang tidak diingini" kepada "alternatif boleh diterima" kepada "lebih baik berbanding yang asal", dan disesetengah bahagian dunia ia dianggap minuman sophistikate popular di Amerika Syarikat. Sesetengah varieti dibeku kering sebagai usaha mengekalkan perisa yang lebih menyerupai bancuhan kopi. Kopi segera juga mudah untuk penyediaan kopi ais, yang popular dinegara bercuaca panas atau pada musim panas.




Krimer Bukan Tenusu

Tenusu merupakan kemudahan bagi memproses susu dan barangan lain yang dihasilkan dari susu (keluaran tenusu), seperti krim, dan lain-lain. Kebanyakan tenusu merupakan syarikat tempatan (berbeza dengan kebanyakan syarikat kebangsaan besar).

Sekiranya dibiarkan, susu segar cenderung untuk berpisah menjadi dua lapisan. Kebanyakannya menjadi susu rendah lemak di bahagian bawah dan sebahagiannya naik menjadi lapisan krim tepu lemak dibahagian atas susu layer. Krim sering kali dijual sebagai keluaran berlainan dengan kegunaannya sendiri. Di Amerika Syarikat, campuran separuh krim dan separuh susu sering kali dijual dalam jumlah yang kecil dan dikenali sebagai separuh dan separuh. Separuh dan separuh seringkali digunakan bagi campuran air kopi dan kegunaan seumpamanya.



Gula

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan